Nasi Ayam Hainan

SELAMAT DATANG KE KELAS MASAKAN KAMI




Pengenalan Tentang Nasi Ayam Hainan


- Bagaimana Yang Dikatakan Nasi Ayam Hainan Yang Sebenar....


   

Di Kuala Lumpur sendiri terdapat beberapa jenama nasi ayam hainan yang sudah terkenal.  Antaranya The Chicken Rice Shop, Nasi Ayam Bukit Bintang, My Mom's Chicken Rice dan beberapa lagi.  Saya yakin pada mereka yang pernah merasa nasi ayam ini, sudah boleh 
membezakan yang mana adalah yang terbaik bukan?  Mungkin anda tertanya-tanya apakah standard sebenar yang boleh kita kategorikan nasi ayam itu adalah sedap?

Sebenarnya ada beberapa faktor yang boleh menjawab persoalan tadi.  Antaranya dari segi kualiti masakan, rasa, harga dan juga publisiti.

Di sini saya akan jelaskan secara ringkas bagaimana yang dikatakan rasa memainkan peranan penting dalam menentukan kesedapan nasi ayam.  Rasa pada nasi umpamanya, nasi  mestilah lembut dan mempunyai kombinasi rasa yang sempurna.  Malahan ianya boleh 'berdiri sendiri'.  Maksud saya nasi tu boleh dimakan saja, tanpa lauk pun dah ada rasa yang cukup.  Warna pada nasi itu sendiri juga mainkan peranan penting.  Bila kita order nasi ayam, tapi nasi ayam yang datang pada kita tu berwarna kuning, maka secara tak langsung kita boleh agak samada nasi ayam itu sedap atau sebaliknya. Jika warna nasi terhasil daripada serbuk kunyit atau pun pewarna, itu bukanlah nasi ayam hainan yang sebenarnya.  Warna pada nasi ayam hainan mestilah terhasil daripada bahan-bahan semulajadi yang digunakan ketika memasaknya.  Maksud saya mestilah semulajadi, bukan kerana pewarna tambahan.

Sekarang kita cerita perkara yang paling utama dalam bab nasi ayam ini, iaitu ayam.  Ayam memainkan peranan yang sangat penting dalam mempersembahkan nasi ayam kita pada pelanggan.  Sebelum orang nak order, dah tentu orang akan tengok ayam kita terlebih dahulu.  Jadi ayam kita mestilah kelihatan menarik dan menyelerakan.  Barulah kita berjaya menarik perhatian pelanggan.  Bagi ayam pada nasi ayam hainan, mestilah brown colour, berkilat, kulit tidak pecah dan masih dalam keadaan berjus.  Rasanya juga mestilah sampai ke isi dan juga ke tulang.  Sekiranya semua ini wujud, maka akan terbukti nasi ayam kita adalah yang terbaik.  Tapi sekiranya nasi ayam yang kita makan, ayamnya keras, kering, tawar maka itu sudah melanggar peraturan nasi ayam itu sendiri.

Cili nasi ayam juga memainkan peranan penting dalam menyempurnakan kesedapan nasi ayam.  Ianya mestilah mempunyai kombinasi rasa yang cukup.  Bahan-bahan yang digunakan mestilah  seimbang untuk menghasilkan rasa yang seimbang apabila dimakan bersama dengan nasi dan ayamnya nanti.  Bahan-bahan yang digunakan mestilah sempurna sukatannya, baik dari segi rasa masin, manis, masam dan pedas.  Dan pada masa yang sama dapat memenuhi selera pelanggan di semua peringkat umur.

Kicap nasi ayam juga mempunyai peranannya tersendiri.  Fungsinya untuk menampung kekurangan  di dalam di dalam kombinasi ke semua perncah hidangan.  Peranannya adalah pelengkap hidangan.

Sup nasi ayam juga mempunyai peranannya tersendiri.  Ada sesetengah individu yang menggunakan rempah ratus untuk membuat sup nasi ayam.  Sedangkan nasi ayam amat sesuai dimakan dengan sup kosong sahaja, tanpa berasaskan rempah ratus.

Sekiranya kesemua ciri-ciri yang saya beritahu ini  ada pada nasi ayam anda, maka sempurna lah apa yang di sebut Nasi Ayam Hainan.  Dan kepada sesiapa yang masih tercari-cari resepi sebenar nasi ayam hainan ini, datanglah ke kelas saya di putrajaya.  Saya akan ajar anda satu persatu sehinggalah dapat menghasilkan nasi ayam hainan yang berkualiti.  Kelas saya akan diadakan seperti jadual di bawah ini :

HARI      :   SABTU @  AHAD

JAM       :   10.00am-5.00pm

YURAN  :   RM 250 ( termasuk bahan-bahan masakan )


LOKASI : Kafeteria Jabatan Peguam Negara ( C3 ), Pusat Pentadbiran                   Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. 
 
                    - Hasil masakan boleh dibawa pulang.

* setiap satu sesi, hanya 3-5 orang peserta sahaja.  Untuk memudahkan pembelajaran anda nanti. 

* Anda akan diajar sehingga mahir. 


Sebarang pertanyaan berhubung dengan kelas masakan ini, boleh hubungi kami di talian :-

                                                   019 3498545  -  FAUZI

                             013 9258538  -  JAMILLAH

                                          Diskaun Hebat!!! 
                                        Hanya RM180/sesi
                            Sah Sehingga 31 Disember 2010



Read more...

1 comment:

  1. Jika berminat, sila buat bayaran sebanyak 50% dari jumlah yuran kelas...bayar ke akaun yang tertera pada owner blog ni...no. akaun adalah seperti tertera di sebelah kanan blog ini...TQ

    ReplyDelete